Ebit hadiah rumah baharu buat nenek Ruhana

Ebit berjumpa nenek Ruhana pada Rabu.
Ebit berjumpa nenek Ruhana pada Rabu.
A
A
A

HULU LANGAT - Rumah nenek Ruhana Mahfuz, 76, yang tinggal tangga selepas dihanyut arus deras dalam kejadian banjir, pada 18 Disember tahun lalu akan dibina baharu.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi kemas kini di Facebooknya mengesahkan, pihaknya akan mengeluarkan peruntukan bagi membina rumah buat warga emas tersebut.

Menurut beliau, warga emas itu ketika ditemui hanya mampu menangis kerana buntu memikirkan cara mahu membina semula rumah pusaka tersebut.

"Syukur dapat hadiahkan nenek Ruhana rumah baharu selepas rumahnya dihanyutkan banjir. Semuanya habis cuma tinggal tangga.

"Kami terus tengok plan rumah dan hubungi kontraktor. Insya-ALLAH akan bina rumah baharu untuk nenek.

"Nenek tiada suami dan anak-anak. Syukur adik beradik dan jiran tetangga serta masyarakat ramai yang membantu," menurut kenyataan di Facebook pada Rabu.

Kisah rumah Ruhana yang tinggal tangga selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir melanda beberapa kawasan di Selangor telah mendapat liputan meluas media.

Tangga itu memberi makna mendalam buat wanita itu kerana di situ berdiri bapanya yang mengucapkan selamat jalan kepada mak yang berada di dalam keranda.

Artikel Berkaitan:

Ruhana berhajat untuk membina rumah baharu di tapak sama dan tidak terlalu spesifik mengenai reka bentuk, asalkan cukup buatnya untuk beribadah, makan, tidur dan menguruskan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!