Terbuka Australia: Collins mara separuh akhir
DANIELLE Collins mengakhiri cabaran Alize Cornet di Terbuka Australia apabila melakar kemenangan 7-5, 6-1 untuk mara ke separuh akhir di Melbourne Park.
Pemain dari Amerika Syarikat dengan ranking 30 dunia itu tampil agresif pada set pertama, mengekalkan tahap konsisten bagi mengatasi lawan yang berada di ranking 61 dunia dalam perlawanan di Rod Laver Arena.
Biarpun begitu Cornet, 30, dari Perancis tampil pada suku akhir Grand Slam pertamanya dalam penampilan ke-63 di kejohanan utama, ternyata memberikan saingan sengit kepada lawan yang berusia 28 tahun tersebut.
“Kemenangan yang cukup luar biasa, terutamanya apabila kembali cergas selepas mengharungi cabaran kesihatan sejak kebelakangan ini.
“Untuk dapat bersaing dengan Alize Cornet adalah satu penghormatan,” kata Collins, yang mara ke separuh akhir edisi 2019.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!