Terbuka Australia: Medvedev lepasi ranjau Auger-Aliassime
PEMAIN pilihan utama Daniil Medvedev menggunakan sepenuh pengalaman bangkit ketinggalan dua set untuk mengatasi pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime, sekali gus menempah ke separuh akhir Terbuka Australia dengan kemenangan 6-7(4), 3-6, 7-6(2), 7-5, 6-4.
Pemain Rusia berusia 25 tahun yang berstatus nombor dua dunia itu ternyata berdepan tentangan hebat lawannya berusia 21 tahun yang juga pilihan kesembilan, dalam aksi menakjubkan empat jam, 42 minit di Rod Laver Arena.
Medvedev, juara Terbuka Amerika Syarikat akan menentang pemain Greece, Stefanos Tsitsipas yang menewaskan pemain nombor 10 dunia dari Itali, Jannik Sinner.
Tsitsipas tampil aksi menakjubkan apabila menundukkan pilihan ke-11 tersebut 6-3, 6-4, 6-2 dalam tempoh dua jam enam minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!