Robot ski berkaki enam dicipta di China

Robot ski berkaki enam dibangunkan oleh para penyelidik dari Universiti Jiao Tong Shanghai. - Foto Universiti Jiao Tong Shanghai.
Robot ski berkaki enam dibangunkan oleh para penyelidik dari Universiti Jiao Tong Shanghai. - Foto Universiti Jiao Tong Shanghai.
A
A
A

BEIJING - Sebuah robot ski berkaki enam boleh dilihat menuruni cerun bersalji dalam rakaman ujian di Shenyang, China pada bulan ini.

Robot itu menunjukkan aksinya dengan menggunakan kaki tengahnya telah dicipta oleh pakar-pakar dari Universiti Jiao Tong Shanghai.

Ia juga boleh berpusing dan mengelak daripada merempuh orang ramai.

Pada masa hadapan, para penyelidik berkata, robot itu mungkin dapat bersaing dalam pertandingan ski dan juga meronda gunung selain membantu dengan kerja-kerja menyelamat di kawasan bersalji.

Ia dibangunkan oleh jurutera mekanikal, Gao Feng dan rakan-rakan sekerjanya di Universiti Shanghai Jiao Tong.

Robot itu menyelesaikan banyak tugas termasuk berlumba, membelok, merancang laluan, mengelak halangan dan berinteraksi dengan robot manusia melalui penderiaan pintar dan kawalan brek.

Projek itu telah disokong oleh Program Penyelidikan dan Pembangunan Utama Negara, Kementerian Sains dan Teknologi China. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!