Tiga maut, dua cedera akibat nahas

Kenderaan yang terlibat dalam nahas awal khamis pagi. - Foto Bomba Pahang
Kenderaan yang terlibat dalam nahas awal khamis pagi. - Foto Bomba Pahang
A
A
A

KUANTAN- Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Desa Bidara Jalan Muadzam- Gambang di sini pada Khamis pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan kereta BMW dan Proton jenis Iswara diterima melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 kira-kira pada jam 4.28 pagi.

Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi kejadian dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Tiga lelaki yang tersepit meninggal dunia dalam nahas awal khamis pagi. - Foto Bomba Pahang
Tiga lelaki yang tersepit meninggal dunia dalam nahas awal khamis pagi. - Foto Bomba Pahang

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak kita mendapati terdapat tiga lelaki dewasa yang menaiki kereta Proton Iswara telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelanggaran itu.

"Dua lagi lelaki yang menaiki kereta BMW pula mengalami cedera ringan dan mereka diberi rawatan awal oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ismail menjelaskan, ketiga-tiga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan Resque Power Unit.

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!