'Tidak perlu berpatah arang berkerat rotan'

Annuar
Annuar
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan terus menyokong semangat muafakat dan kerjasama dalam kalangan parti gabungan yang membentuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, dasar kerjasama rentas sempadan kepartian termasuk bersama pembangkang terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

"Ia tidak menghalang parti gabungan bersaing secara demokratik di peringkat negeri dengan terus memberi peluang rakyat membuat pilihan.

"Hak dan kebebasan setiap parti gabungan terus di hormati. Inilah 'order baru' politik masa kini yang lebih matang, lebih luwes dan lebih terbuka.Tidak perlu berpatah arang berkerat rotan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Khamis.

UMNO masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu membentuk kerjasama dengan Pas atau Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!