Barat 'segan' isytihar Tarrant sebagai pengganas

Brenton Tarrant pengganas yang menyasarkan dua masjid di Christchurch.
Brenton Tarrant pengganas yang menyasarkan dua masjid di Christchurch.
A
A
A

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Arden tidak mengambil masa lama menggelar serangan maut di dua masjid di Christchurch kelmarin sebagai tindakan pengganas.

Malah, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan insiden tembakan rambang itu dilakukan oleh "seorang pelampau, sayap kanan dan pengganas kejam”.

Sungguhpun begitu, kebanyakkan media Barat masih 'segan silu' memanggil Brenton Tarrant pengganas.

Kebanyakkan media sekadar menggelar Tarrant sebagai 'suspek utama' dan tidak lebih daripada itu.

Tindakan berkenaan jelas menunjukkan sikap hipokrit dan double standard Barat.

Barat memberi hujah bahawa tindakan tersebut sekadar perbuatan jenayah kerana ia perbuatan 'lone wolf' atau bersendirian.

Namun berbeza jika pelakunya adalah orang Islam, media Barat dengan pantas menggelar mereka sebagai pengganas.

Jenayah dilakukan Tarrant adalah sama seperti jenayah dilakukan Stephen Paddock pada 2017, bezanya mangsa bukan beragama Islam.

Artikel Berkaitan:

Paddock, seorang lelaki kulit putih melepaskan tembakan rambang yang meragut 59 nyawa di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Pembunuhan besar-besaran ini menyaksikan Paddock melepaskan beratus-ratus tembakan dari tingkat 32 Mandalay Bay Casino yang turut cederakan lebih 500 pengunjung konsert di kawasan berhampiran.

Apa yang mengejutkan adalah jawapan Sheriff Clark County, Joseph Lombardo sewaktu ditanya adakah serangan tersebut boleh dikategorikan sebagai serangan pengganas.

Beliau menjawab, pihaknya belum tahu apakah kepercayaan penyerang.

Jawapan Lambardo jelas mencadangkan jika Islam ialah 'sistem kepercayaan' Paddock, maka tindakannya boleh disifatkan sebagai terorisme.

Namun, media Barat memberi definisi berbeza kepada Omar Mateen yang menembak mati 49 pengunjung kelab malam gay di Orlando pada Jun 2016; adik-beradik Tamerlan dan Dzokhar Tsarnaev dalam kes pengeboman dan tembakan rambang di Boston pada April 2013; juga kes John Allen Muhammad dan Lee Boyd Malvo yang membunuh secara rambang dengan tembakan hendap (sniper) dikenali sebagai 'D.C. Sniper Attack' pada Februari hingga Oktober 2002.

Semua serangan ini pantas digembar-gemburkan sebagai terorisme sedangkan motif mereka bukan demikian.

Apa pun, media Barat sejak dahulu lagi memberi definisi berbeza mengenai pengganas atau terorisme.

Sudah terbukti, jika pelakunya beragama Islam, maka mereka diisytiharkan sebagai pengganas, sebaliknya jika pelakunya berkulit putih serta bukan beragama Islam, maka mereka tidak disyaki pengganas sehinggalah motif serangan dikenalpasti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!