Anwar desak kerajaan ambil serius isu jemaah haji, umrah

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya mengambil pendekatan yang serius dalam menangani isu membabitkan jemaah haji dan umrah.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau pada Khamis telah menerima kunjungan daripada delegasi Gabungan Pengendali Umrah yang mengadu tentang masalah dihadapi pihak mereka dalam urusan haji dan umrah.

Dalam pertemuan tersebut katanya, pelbagai isu telah dibangkitkan terutama dari segi masalah dasar dan tujuan kerajaan.

“Ketiadaan libat urus dan penyelarasan yang serius antara Kementerian Pelancongan dan pemain-pemain lapangan seperti agensi-agensi pelancongan yang menguruskan urusan haji dan umrah sangat mengecewakan tatkala beban yang ditanggung mereka memberi kesan yang sangat besar.

“Ini membuktikan ia adalah masalah ‘decision making’ yang sangat lemah di pihak kementerian-kementerian terlibat yang tidak membuat keputusan yang jitu dan tuntas.

“Sebagai contoh, pengumuman yang dibuat pada Rabu berkenaan kebenaran untuk penerbangan semula jemaah umrah ke Arab Saudi pada 8 Februari akan datang kini perlu dimuktamadkan semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu kabinet bersetuju memutuskan untuk membenarkan semula ibadah umrah bermula 8 Februari depan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu yang berkuat kuasa 8 Januari lepas susulan penularan jangkitan varian Omicron Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan Gabungan Pengendali Umrah itu telah bertemu dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Menteri Kesihatan baru-baru ini, namun belum ada langkah segera telah diambil setakat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!