[VIDEO] Salji landa Baitulmaqdis, Tebing Barat

Salji turun di Baitulmaqdis termasuk di pekarangan Masjid al-Aqsa pada lewat Rabu dan Khamis. - Foto AFP
Salji turun di Baitulmaqdis termasuk di pekarangan Masjid al-Aqsa pada lewat Rabu dan Khamis. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Salji melanda Baitulmaqdis pada lewat Rabu dan Khamis yang merupakan fenomena cuaca yang jarang berlaku menjadikannya sebagai sebuah kawasan yang sejuk.

Keadaan sejuk itu yang turut berlaku di Athens dan Istanbul menyaksikan salji lebat melanda di kawasan yang lebih terkenal dengan musim panasnya.

Di lorong-lorong Kota Lama, kanak-kanak membaling salji sesama sendiri selepas ia turun pada lewat Rabu.

Menjelang pagi, Kubah Emas turut mempunyai tompokan salji yang terletak di pekarangan Masjid al-Aqsa.

Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan salji setebal antara 15 dan 25 sentimeter telah turun pada Rabu.

Timbunan salji juga terpaksa dibersihkan sehingga tengah hari bagi membuka semula lebuh raya utama menuju ke Baitulmaqdis dari utara selatan dan barat.

Kawasan tinggi di Tebing Barat, Palestin turut dilanda salji yang mana Pihak Berkuasa Palestin terpaksa menutup sekolah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!