TNB, Sinar Harian berentap di gelanggang futsal
[DIKEMASKINI] TENAGA Nasional Berhad (TNB) terus memperkuatkan ikatan persahabatan dengan Sinar Harian melalui perlawanan futsal yang berlangsung di gelanggang Futsal TNB di Bangsar, hari ini.
Sinar Harian turut mendapat suntikan semangat dalam aksi perlawanan persahabatan itu selepas menerima tajaan set jersi bola sepak daripada TNB.
Ketua (Newsroom) TNB, Mohd Arshi Mat Daud berkata, perlawanan persahabatan itu bukan mencari pemenang sebaliknya memperkuatkan hubungan sedia ada bersama Sinar Harian dan sebagai platform aktiviti sihat bersama media.
Hadir sama dalam perlawanan itu adalah Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi, Timbalan Pengarang Berita, Badruldin Zakaria, Editor Sukan Sinar, Izahar Atan dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat TNB, Samsul Ariffin Zainuddin.
Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan gah mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan yang sungguh harmoni.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!