Penjual jamu ragut dijel 6 tahun

Nik Syahir dijatuhi hukuman penjara 6 tahun selepas meragut beg mangsa berusia 45 tahun di di tepi Jalan Dato Pati, bulan lalu.
Nik Syahir dijatuhi hukuman penjara 6 tahun selepas meragut beg mangsa berusia 45 tahun di di tepi Jalan Dato Pati, bulan lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penjual jamu dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang wanita, bulan lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin turut mengarahkan hukuman terhadap Nik Syahir Farhan Nik Jaffar, 37, bermula dari tarikh ditahan pada 12 Februari 2019.

Berdasarkan pertuduhan, Nik Syahir didakwa merompak Narwati Lupin, 45, beg tangan berwarna kelabu berjenama Sacha yang mengandungi telefon bombit jenis Samsung Note 8 berwarna hitam, segugus kunci dan dompet berisi kad pengenalan dan kad bank.

Dia melakukan kesalahan di tepi Jalan Dato Pati di sini kira-kira jam 6.15 petang, 11 Februari lalu itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh diwakili peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Kelantan, Yusof Arshad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!