Polis siasat kematian tahanan dalam lokap
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung kematian mengejut seorang tahanan lelaki di lokap Balai Polis Marang di Terengganu pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut sekitar jam 3 petang.
"Orang kena tahan (OKT) adalah seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang ditangkap di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
"OKT direman selama tiga hari bermula 28 Januari (Jumaat) hingga 30 Januari di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, Azri berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!