UMNO Johor tumpu media sosial tambat hati pengundi muda

Adham
Adham
A
A
A

JOHOR BAHRU - Platform media sosial menjadi pilihan UMNO dalam usaha mendekati dan menambat hati pengundi terutama golongan muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, medium berkenaan dilihat popular dalam kalangan masyarakat masa kini sebagai cara untuk berkempen dan menyampaikan maklumat terkini kepada pengundi termasuk di luar Johor khususnya golongan muda yang cenderung untuk menggunakan Facebook dan TikTok berbanding medium lain.

"Justeru, kita akan memberikan tumpuan kempen ke arah (platform) itu," kata beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi hantaran di laman Facebook Barisan Nasional, pada Sabtu.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti-parti politik yang bertanding. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!