Tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran

Kapal tangki dari Malabo ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penawar, pada Jumaat
Kapal tangki dari Malabo ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penawar, pada Jumaat
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Johor menahan sebuah kapal tangki kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penawar di sini, pada Jumaat.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki didaftarkan di Malabo itu ditahan pada kedudukan 8.4 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, kira-kira jam 10.55 pagi.

Beliau berkata, ketika penahanan kapal tangki sepanjang 39 meter itu dikendalikan oleh enam kru warga Indonesia yang mempunyai dokumen pendaftaran diri sah berusia dari 25 tahun hingga 58 tahun.

“Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati, nakhodanya gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

“Nakhoda kapal kemudian dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!