Kes baharu positif Covid-19 menurun kepada 5,139
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu menurun kepada 5,139 kes berbanding 5,522 kes pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,861,069 kes.
Menurutnya, sebanyak 226 kes import dikesan membabitkan 139 rakyat tempatan dan 87 warga asing.
"Sebanyak 4,913 kes penularan dalam negara yang melibatkan 4,714 rakyat tempatan serta 199 kes warga asing turut dilaporkan," katanya.
Beliau berkata, seramai 119 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 69 kes memerlukan bantuan pernafasan.
"KKM turut merekodkan 3,767 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,777,715 kes," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, lima lagi pertambahan kluster baharu Covid-19 dikenalpasti KKM.
"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,399 dan 6,108 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala selebihnya, 291 kluster masih aktif," katanya.
Sementara itu, hanya tiga negeri dan wilayah merekodkan sifar kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu Labuan, Sarawak dan Perlis manakala Terengganu mencatatkan nilai Rt 0.85.
12 negeri dan wilayah lain mencatatkan nilai Rt antara 1.0 (Perak) hingga 1.19 (Negeri Sembilan dan Kedah).
Nilai Rt negara adalah pada kadar 1.15.
Pada 29 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,139 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,861,069 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvTN7p
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 29, 2022
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!