Terlibat judi dalam talian antara punca pinjam ah long

B.K Tan
B.K Tan
A
A
A

KLANG - Individu terlibat judi dalam talian antara golongan paling ramai dikesan membuat pinjaman dengan ah long.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Klang, Datuk B K Tan berkata, berdasarkan kes diterima pihaknya, golongan itu didapati akan meminjam wang daripada ah long selepas kehabisan harta benda yang boleh digadai untuk berjudi.

"Wang yang dipinjam akan dipertaruhkan dan mereka gagal membayar kembali wang pinjaman kerana kalah berjudi," katanya pada Jumaat

Tan menasihati masyarakat, supaya tidak mudah terjebak aktiviti judi dalam talian hingga akhirnya mengundang malapetaka apabila mencari jalan mudah bagi mendapatkan wang untuk bermain judi dengan meminjam daripada ah long.

"Judi dalam talian tidak ada manfaat baik sebaliknya ia boleh memporak perandakan kehidupan seseorang termasuk ahli keluarga.

"Mendapatkan wang daripada ah long hanya akan memberikan kesan tidak baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!