KTMB tawar perkidmatan koc basikal XKB

Kos basikal oleh KTMB buat kemudahan peminat tegar aktiviti berbasikal.
Kos basikal oleh KTMB buat kemudahan peminat tegar aktiviti berbasikal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengubah suai koc tempat duduk penumpang kepada Ekspres Koc Basikal (XKB) yang boleh memuatkan sehingga 60 basikal.

Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob berkata, perkhidmatan tren sewa khas itu sebagai memberi pengalaman baharu dan unik kepada peminat tegar aktviti berbasikal.

Menurut beliau, XKB diperkenalkan sebagai tanda sokongan KTMB kepada kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat sebagai keutamaan melalui gaya hidup sihat.

"Dengan menaiki kereta api, mereka boleh meneroka lokasi berbasikal yang menarik di sepanjang rangkaian laluan tren KTMB.

" Ia juga selamat dan tidak begitu memenatkan kerana mereka tidak perlu memandu jika ke lokasi yang jauh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, terdapat tiga koc basikal tersedia untuk digunakan buat masa ini.

Jelasnya, basikal yang dibawa akan diletakkan pada peralatan khas bagi memastikan basikal berada dalam keadaan stabil semasa tren bergerak.

"Turut disediakan dalam pakej XKB ini ialah koc ADNS (Air-conditioned Day/Night Second) atau koc tempat duduk yang boleh memuatkan 60 penumpang.

Artikel Berkaitan:

" Selain koc basikal dan koc ADNS, terdapat beberapa lagi koc yang disediakan untuk disewa khas iaitu koc santai, koc persidangan dan koc bufet. Kesemua koc ini mempunyai fasiliti yang berbeza dan boleh disediakan bersekali dengan koc basikal mengikut permintaan pelanggan, " katanya.

Tambahnya, harga sewaan XKB bergantung kepada laluan larian tren atau jarak perjalanan yang dipilih oleh pelanggan.

Katanya lagi, KTMB hanya menyediakan perkhidmatan tren manakala aturan aktiviti diuruskan oleh penganjur atau pelanggan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!