Barty juara Terbuka Australia

Barty muncul pemain tempatan pertama menjuarai Terbuka Australia sejak Chris O'Neil pada tahun 1978.
Barty muncul pemain tempatan pertama menjuarai Terbuka Australia sejak Chris O'Neil pada tahun 1978.
A
A
A

ASHLEIGH Barty melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain Australia pertama memenangi Kejohanan Tenis Terbuka Australia dalam tempoh 44 tahun.

Tampil selaku juara Wimbledon 2021, Barty mengesahkan kejuaraan selepas melakar kemenangan 6-3, 7-6 (7-2) ke atas pemain Amerika Syarikat, Danielle Collins dalam aksi final di Melbourne Park pada Sabtu.

“Ia satu perjalanan yang cukup panjang dalam tempoh dua minggu ini tetapi saya gembira kerana pengakhirannya cukup istimewa.

“Saya cukup bangga apabila akhirnya dapat menjuarai kejohanan Grand Slam di negara sendiri. Kejayaan ini cukup bermakna buat diri saya sendiri.

“Terima kasih kepada seluruh penyokong yang datang memberikan sokongan kepada saya hari ini. Tidak lupa juga kepada jurulatih dan pasukan saya atas kejayaan ini,” kata Barty.

Kejayaan itu menyaksikan Barty yang juga pemain nombor satu dunia pemain tempatan pertama menjuarai Terbuka Australia sejak Chris O'Neil pada tahun 1978.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!