Lelaki maut ketika berjoging

Seorang lelaki maut ketika berjoging bersama-sama rakan di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian, Kluang, pada Khamis.
Seorang lelaki maut ketika berjoging bersama-sama rakan di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian, Kluang, pada Khamis.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki yang sedang berjoging rebah sebelum meninggal dunia di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian di sini, pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superitendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, sebelum itu mangsa yang berusia 35 tahun berjoging bersama-sama rakannya pada jam 7.20 petang.

"Menurut rakan mangsa, lelaki berkenaan ada mengadu sakit di bahagian dada dan sukar bernafas.

"Mangsa kemudian rebah dan tidak sedarkan diri semasa tiba di kerusi yang disediakan di kawasan rekreasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Jelasnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menunjukkan berlakunya sebarang unsur jenayah atau khianat.

Menurutnya, Pegawai Perubatan dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di sini hadir melakukan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat katanya, dibawa ke HEBHK dan diserahkan kepada Jabatan Forensik untuk urusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Setakat ini kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!