Zakaria Muda Sinar Premium cari anda!
SHAH ALAM - Debaran minggu kedua pemenang bertuah peraduan langganan portal berita Sinar Premium telah terjawab apabila Zakaria Muda diumumkan sebagai pemenang dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500.
Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, segala maklumat berkaitan cabutan bertuah itu telah diberikan kepada Zakaria melalui e-mel yang telah didaftarkan di Sinar Premium.
“Selepas pemilihan pemenang dibuat, kita akan menghantar e-mel kepada pemenang dan mereka harus membalas e-mel tersebut dalam tempoh satu minggu dengan memberi maklumat yang dikehendaki.
“Selepas itu, kami akan pindahkan wang yang dimenangi terus kepada akaun pelanggan bertuah itu. Pemenang akan diumumkan setiap minggu pada hari yang sama melalui semua platform media sosial Sinar Harian,” katanya.
Tambahnya, proses yang sama akan dilakukan lapan minggu akan datang dengan setiap cabutan bertuah itu dilakukan secara rawak berdasarkan 100,000 langganan pertama.
“Peraduan ini sangat mudah bagi sesiapa yang inginkan peluang untuk menang kerana apa yang mereka perlu lakukan adalah melanggan Sinar Premium sahaja.
“Walau bagaimanapun, ia terbuka kepada 100,000 langganan pertama dan pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem,” katanya.
Nik Justin turut menggalakkan semua orang untuk melanggan Sinar Premium kerana peluang untuk mereka menang adalah terbuka dengan mana-mana pakej langganan Sinar Premium iaitu RM6.90 sebulan, RM18.60 tiga bulan, RM35.00 enam bulan dan RM66.20 setahun.
“Peluang untuk menang lagi lapan minggu ini terbuka. Saya galakkan semua orang untuk cepat melanggan Sinar Premium kerana dengan harga langganan serendah RM6.90 sebulan, pembaca sudah mempunyai peluang untuk menang RM2,500.
“Lebih menarik apabila semua pakej termasuk sebulan langganan berhak untuk memenangi hadiah wang tunai tersebut,” katanya.
Selain itu, penyertaan cabutan bertuah itu turut dilanjutkan 10 minggu lagi sehingga 26 Mac tahun ini untuk memberi lebih peluang kepada pelanggan baru Sinar Premium.
“Penyertaan ini dibuka bermula sejak 15 November lalu sehingga 15 Januari. Tujuan utama kita melanjutkan tempoh peraduan ini adalah di atas permintaan pembaca kerana sambutan amat menggalakkan sejak Sinar Premium dilancarkan.
“Sebagai tanda terima kasih Sinar Harian kepada pembaca yang menyokong kewartawanan bebas yang lebih eksklusif dan kritis ini, kami melanjutkan peraduan ini untuk membolehkan lebih ramai peluang untuk pembaca menang,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!