Bertam ATV Park tarikan baharu di Kepala Batas

Bertam ATV Park adalah cawangan ketiga pernigaan aktiviti lasak yang diusahakan Fizo Omar bersama rakannya.
Bertam ATV Park adalah cawangan ketiga pernigaan aktiviti lasak yang diusahakan Fizo Omar bersama rakannya.
A
A
A

KEPALA BATAS - Aktiviti lasak All-Terrain Vehicle (ATV) menjadi tarikan baharu di Kepala Batas yang pasti memberi pengalaman mengujakan buat orang ramai dengan pembukaan Bertam ATV Park, pada Sabtu.

Menariknya, orang ramai bukan sahaja berpeluang menunggang jentera empat roda itu dengan melalui 'urban track' yang mempunyai pelbagai cabaran dan halangan malah mereka juga boleh merasai pengalaman menunggang ATV melalui kawasan sawah padi dan denai berhampiran Taman Rekreasi Pantai Kamloon di sini.

Pemilik Bertam ATV Park, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali Fizo Omar berkata, trek sejauh 15 kilometer disediakan bagi mereka yang memilih untuk merasai pengalaman 'fun trail' dengan melalui lauan permukaan jalan yang tidak rata, berbukit, sempit dan berlumpur.

UTV antara tarikan yang terdapat di Bertam ATV Park.
UTV antara tarikan yang terdapat di Bertam ATV Park.

Jelasnya, apa yang ditawarkan oleh Bertam ATV Park bukan sahaja aktiviti riadah yang akan menambahkan keterujaan dan keseronokkan malah orang ramai dijanjikan dengan keindahan alam semula jadi yang disajikan sepanjang hampir dua jam melakukan aktiviti berkenaan di sini.

"Walaupun kita menyediakan trek dan laluan yang mencabar namun ia sesuai untuk seisi keluarga menjalankan aktiviti di sini termasuk kanak-kanak dan wanita.

"Pengunjung akan diberi latihan dan taklimat keselamatan sebelum menunggang kenderaan tersebut dan kesemua ATV yang disediakan di sini berkuasa tinggi selain mudah dikawal," katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Bertam ATV Park di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung diberi taklimat keselamatan sebelum memulakan tunggangan.
Pengunjung diberi taklimat keselamatan sebelum memulakan tunggangan.

Menceritakan perkhidmatan dan pakej disediakan di sini, Fizo berkata, lebih 40 unit ATV pelbagai saiz di sediakan selain penggunjung juga boleh mencuba cabaran memandu Utiliti Terrain Vehicle (UTV) yang pastinya akan memberi pengalaman yang luar biasa dan menyeronokkan apabila beriadah di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!