50.4 peratus terima dos penggalak
KUALA LUMPUR - Sebanyak 11,809,467 individu dewasa atau 50.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Ahad
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, bagi tempoh sama, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,642 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,448 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada Sabtu, sebanyak 97,300 dos vaksin diberikan melibatkan 732 dos pertama, 898 dos kedua dan 95,670 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,384,672 dos.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lima kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!