Air mata iringi Burkina Faso ke separuh akhir

Pemain Burkina Faso, Dango Quattara (kanan), melepasi kawalan pertahanan Tunisia, sebelum merembat gol tunggal perlawanan. - foto Getty Images
Pemain Burkina Faso, Dango Quattara (kanan), melepasi kawalan pertahanan Tunisia, sebelum merembat gol tunggal perlawanan. - foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Burkina Faso, Kamou Malo mengalirkan air mata meraikan kejayaan skuad kendaliannya itu mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 setelah menewaskan Tunisia 1-0 pada Ahad.

Menurut Malo, kemenangan itu ternyata cukup emosi buatnya apatah lagi apabila skuad The Stallions itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Dango Quattara yang juga penjaring gol tunggal perlawanan diperintahkan keluar padang pada minit ke-82.

“Saya cukup beremosi bagi perlawanan ini. Ia sesuatu yang cukup bermakna dan saya dedikasikan kemenangan ini kepada semua pihak yang terlibat.

“Seperti pasukan ini, saya tahu rakyat Burkina Faso juga akan sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan dan mahu menyaksikan kami beraksi hingga ke perlawanan terakhir, mungkin di final nanti,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, jaringan tungggal penyerang Dango Quattara pada masa kecederaan babak pertama, sudah cukup memadai bagi mengesahkan slot separuh buat The Stallions.

Bagaimanapun, Quattara turut diperintahkan keluar padang setelah dilayangkan kad kuning kedua apabila didakwa menyiku pemain gantian Tunisia, Ali Maaloul pada minit ke-82.

Sementara itu pengendali Tunisia, Mondher Kebaier menyifatkan skuad kendaliannya itu hanya mampu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan berkenaan, biarpun pada peringkat awal disebut-sebut sebagai antara pasukan pilihan ke separuh akhir.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap menerima kekalahan berkenaan dan berharap skuad The Eagles of Carthage itu mampu untuk kembali dengan lebih ‘menyengat’ pada kejohanan akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Memang kekalahan ini sangat mengecewakan, namun ia harus diterima dengan syarat persiapan perlu dilakukan dari sekarang bagi membentuk pasukan yang mantap untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!