Gunting Rambut Dalam Bas
A
A
A
Effendi dan Alston Athur, 29, menggunakan sebuah bas Ford Trader retro berusia 50 tahun yang telah diubah suai menjadi sebuah kedai gunting bergerak yang mampu menempatkan dua pelanggan pada satu-satu masa.
Menurut Alston, operasi kedai gunting rambut bergerak mula mendapat sambutan kerana keunikannya dan dikunjungi setiap hari sejak mula beroperasi pada awal tahun ini.
Orang ramai terutama golongan muda tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman unik dan menarik bergunting di dalam sebuah bas retro.
Beroperasi setiap hari kecuali hari ahad bermula pukul 6 petang hingga 11 malam, harga yang ditawarkan hanya RM20 untuk orang dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak.
Bertemakan bas retro serta klasik namun memberikan perkhidmatan secara kasual, santai dan gaya moden, sesuai dengan cita rasa golongan muda pada masa kini. - Foto Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!