11 maut bas terjunam dalam gaung di Bolivia
LA PAZ - Sekurang-kurangnya 11 maut apabila sebuah bas jatuh ke dalam gaung sedalam 400 meter di Bolivia pada Sabtu, kata pihak berkuasa.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar penumpang di dalam bas tersebut yang dalam perjalanan ke pusat bandar Cochabamba.
Pemandu bas berkenaan antara yang terselamat dalam kejadian itu, kata ketua trafik, Rensso Elwis Mercado.
"Dia boleh membantu kami merungkai punca kejadian ini," kata Mercado, sambil menambah bahawa punca kemalangan itu sedang disiasat.
Seorang kanak-kanak antara yang maut dan dua lagi dimasukkan ke hospital, kata polis.
Menurut Institut Statistik Negara itu, seramai 1,096 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Bolivia pada tahun 2020. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!