27 mangsa banjir dipindahkan di Sarawak

Bilangan mangsa berada di PPS meningkat kepada 27 orang setakat jam 3 petang Ahad. - Gambar hiasan
Bilangan mangsa berada di PPS meningkat kepada 27 orang setakat jam 3 petang Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Situasi banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Sabtu tidak berubah apabila bilangan mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 27 orang setakat jam 3 petang ini, berbanding 17 orang pada 11 pagi Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan hanya sebuah PPS di daerah Marudi iaitu Dewan Suarah Marudi mula beroperasi sejak petang Sabtu.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Zon Miri, Law Poh Kiong, pihaknya berharap paras air sungai di Kampung Padang Kerbau, Marudi surut sehingga ke paras yang mengizinkan mangsa pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat ini.

Situasi banjir yang melanda daerah Marudi kini adalah susulan hujan lebat di daerah itu sejak kelmarin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!