[VIDEO] 15 tahun beri burung merpati makan

Hasfani Azilan menggunakan laungan tertentu bagi menarik perhatian burung merpati. Gambar kecil: Hasfani Azilan
Hasfani Azilan menggunakan laungan tertentu bagi menarik perhatian burung merpati. Gambar kecil: Hasfani Azilan
A
A
A

SUNGAI PETANI- Aktiviti memberi makan burung merpati di sebuah restoran nasi kandar di Pekan Baru, di sini yang tular, dilaksanakan sejak kira-kira 15 tahun lalu.

Pemilik Hussain Nasi Kandar, Farook Hassan Mohamed Hussain berkata, aktiviti itu bertujuan berkongsi rezeki sekali gus memohon keberkatan ALLAH.

Menurutnya, setiap hari, sebanyak 20 kilogram makanan diperuntukkan terdiri daripada roti, gandum, beras dan baki roti canai yang tidak habis dimakan pelanggan dikumpulkan untuk dijadikan makanan burung pada setiap pagi dan petang.

Farook Hassan
Farook Hassan

"Burung yang diberi makan akan berzikir dan berdoa, itu yang saya amalkan, mudah-mudahan, dengan cara perkongsian rezeki ini, perniagaan saya akan terus berkembang, begitu juga dengan pelanggan yang setiap hari mai di sini yang secara tidak langsung menyumbang kepada aktiviti ini, moga dimurahkan rezeki," katanya.

Farook Hassan yang juga merupakan pemilik Fatimah Bakery menjelaskan, baki roti dan kek yang tidak habis juga dijadikan makanan burung setiap hari bagi mengelakkan pembaziran.

"Saya tugaskan pembantu restoran, Hasfani Azilan Abdul Rahman, 71, untuk beri makan burung di sini dengan menggunakan panggilan tertentu," katanya.

Sementara itu, Hasfani Azilan berkata, suaranya yang nyaring serta aura tersendiri membuatkan kira-kira 500 ekor burung merpati menyahut panggilannya.

Artikel Berkaitan:

Hasfani Azilan ditugaskan memberi makan kepada burung merpati sejak 15 tahun lalu.
Hasfani Azilan ditugaskan memberi makan kepada burung merpati sejak 15 tahun lalu.

"Disebabkan dah lama duk beri makan, dah 15 tahun dah, burung ni dah kenal suara, bila panggil dengan nama ti...ti...ringkasan untuk merpati, beratus-ratus akan mai.

"Selalunya waktu pagi dan petang, setiap hari," jelasnya.

Setakat ini, katanya, dia gembira dengan tugasan yang diamanahkan kepadanya dan akan merasa kekurangan jika tidak dapat memberi makan kepada burung merpati tersebut dalam sehari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!