'Hanya PSM boleh buat keputusan'

Laporan Sukan Sinar 11 Januari lalu. Gambar kecil: Ibrahim
Laporan Sukan Sinar 11 Januari lalu. Gambar kecil: Ibrahim
A
A
A

STATUS keahlian Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan dan Putrajaya (PESTAP) dan Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) yang dilarang menghadiri Mesyuarat Agung (AGM) Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), 12 Februari depan, hanya boleh diputuskan oleh badan induk berkenaan.

Perkara itu ditegaskan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof yang turut menerangkan bahawa perkara berkenaan berada di luar bidang kuasa pihaknya.

Menurut Ibrahim, hanya PSM yang dapat membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan termasuklah sama ada untuk membenarkan kehadiran ketiga-tiga persatuan tersebut menghadiri AGM atau sebaliknya.

“Dalam kes melibatkan status atau keahlian ketiga-tiga persatuan sepak takraw berkenaan, ia berada di bawah bidang kuasa jawatankuasa induk persatuan sukan itu sendiri dan dalam kes ini, PSM lah sebenarnya.

“PJS juga sebenarnya tidak ada authority tentukan status atau keahlian mana-mana persatuan sukan di negara ini kerana kita ini lebih kepada isu atau status badan sukan itu sendiri.

“Bagi saya, keadaan ini juga bukan hanya untuk sepak takraw sahaja, tetapi turut digunakan kepada persatuan-persatuan sukan lain juga di mana segala keputusan berhubung keahlian persatuan terletak di bawah jawatankuasa induk persatuan masing-masing,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Pada 11 Januari lalu, Presiden PSS, Datuk Markiman Kobiran mempersoalkan keputusan Ahli Majlis Tertinggi PSM yang tidak membenarkan penyertaan ketiga-tiga persatuan berkenaan pada AGM tersebut.

Markiman turut menyifatkan larangan tersebut seperti ‘undang-undang rimba’ kerana tidak disertakan dengan sebarang surat pertuduhan, surat tunjuk sebab mahupun surat bicara bagi melarang ketiga-tiga persatuan berkenaan menghadiri AGM kali ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, PSM tetap bertegas melarang PSS, PESTAP dan PSS menghadiri AGM pada 12 Februari depan susulan tindakan ketiga-tiga persatuan berkenaan yang disifatkan tidak mahu kembali bersama badan induk berkenaan sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan pada 30 Oktober 2021 lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!