Cuaca panas dijangka sehingga hujung Februari

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Cuaca panas dan kering berterusan di negeri utara semenanjung dijangka berlaku sehingga hujung Februari.

Mengikut ramalan cuaca nullschool.net dan Pusat Meteorologi Numerik dan Oceanografi Armada (FNMOC), sehingga 9 Februari ini, musim kering dijangka berlaku di bahagian utara Kedah, Perlis dan Kelantan.

Bagaimanapun, Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu adalah biasa melibatkan negeri-negeri di utara semenanjung.

Beliau berkata, Kedah, Perlis dan Kelantan hanya akan masuk musim hujan pada akhir atau awal Mac atau April nanti.

Bagaimanapun, situasi panas itu telah dialami lebih awal hampir sebulan lalu di beberapa kawasan bendang Gaal, Gong Datuk dan Wakaf Bunut, Pasir Puteh, Kelantan sekali gus menyebabkan seramai 150 pesawah berdepan kerugian sehingga RM800,000.

Cuaca panas itu mungkin bukan sesuatu yang asing di negara kita terutama pada awal tahun ini, namun tetap perlu berwaspada terutama ketika berada di luar rumah kerana kesannya boleh menyebabkan terjadinya strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas, namun kumpulan yang lebih berisiko iaitu mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda) dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

Selain itu, mereka yang menghidap penyakit sistem pernafasan selain penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Artikel Berkaitan:

Beberapa langkah pada musim panas perlu dilakukan antaranya minum air kosong dengan banyak, sentiasa berada dalam rumah atau bangunan, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar selain pakai topi atau gunakan payung.

Malah, dalam keadaan cuaca panas ini elakkan pembakaran terbuka kerana ia akan menyebabkan kebakaran lebih besar sekali gus menyumbang kepada berlakunya jerebu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!