MOA, MOTAC kerjasama tarik pelancong China ke Malaysia

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub (dua, kanan) melihat beras keluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan ketika melawat Kilang Padi PPK Kalabakan di Merotai Besar hari ini.Turut hadir Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah Datuk Wong Hong Jun@Junz (tengah), Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman (dua, kiri), Timbalan Pengarah Pembangunan LPP Azulita Salim (kiri) dan anggota Parlimen Kalabakan Ma’amun Sulaiman (kanan). - Foto Bernama

A
A
A

TAWAU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bercadang mewujudkan pakej pelancongan menarik dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menarik lebih ramai pelancong China ke Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pakej pelancongan yang dibentuk itu termasuk dapat menikmati hidangan Musang King di negara ini.

"Saya ada bincang dengan Menteri Pelancongan (Datuk Mohamaddin Ketapi) supaya kedua-dua kementerian bekerjasama dan melaksanakan satu kempen besar-besaran bagi menarik lebih ramai pelancong China ke Malaysia dan kita tahu mereka suka makan Musang King.

"Mereka tidak akan melancong sehari sahaja, mesti lima atau enam hari di Malaysia, dan bila mereka datang untuk makan Musang King, industri durian kita bertambah maju dan sektor lain pun boleh tumpang daripada kehadiran pelancong China ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan yang bernilai lebih RM1.6 juta di Kampung Merotai Besar, Batu 25, Jalan Merotai di sini, hari ini.

Durian bukan lagi setakat raja buah tetapi kedudukannya telah meningkat sehingga menjadi bilateral diplomasi antara Malaysia dan China.

Pada tahun lepas, Malaysia berjaya memeterai protokol pasaran durian ke China.

Dalam pada itu, Salahuddin menyambut baik usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk melaksanakan perladangan tanaman durian Musang King di tanah seluas 5,000 hektar di Tawau.

Artikel Berkaitan:

Jika perkara itu direalisasikan, pihaknya akan membantu membekalkan benih asli Musang King serta benih pelbagai jenis durian di samping membantu untuk mengekport hasil pengeluaran khusus ke negara China.

"Pelaksanaan penanamannya sudah pasti memacu ekonomi negeri seperti mana kita tahu pasaran durian negara ini bukan sekadar di peringkat tempatan lagi tetapi mula mendapat tempat cukup baik di China," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!