Isu Azam Baki: Lalitha dipanggil ke Bukit Aman Khamis ini

Lalitha Kunaratnam. - Foto Twitter Lalitha Kunaratnam
Lalitha Kunaratnam. - Foto Twitter Lalitha Kunaratnam
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis memanggil bekas penyelidik di Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam ke Bukit Aman untuk disoal siasat mengenai dua artikelnya berkaitan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Lalitha berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui panggilan telefon oleh pihak polis pada pagi Isnin.

“Ya betul (dipanggil ke Bukit Aman). Khamis ini pada jam 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Dua artikel laporan Lalitha bertajuk ‘Business ties among MACC leadership: How deep does it go?’ telah diterbitkan di sebuah portal berita pada 26 Oktober 2021.

Pada 12 Januari lalu, Azam telah memfailkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur terhadap Lalitha berhubung artikel berkenaan.

Lalitha sebelum ini mendakwa Azam mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan saham mencecah nilai jutaan ringgit di beberapa syarikat.

Bagaimanapun, Azam dalam satu sidang akhbar khas memaklumkan saham itu merupakan milik adiknya yang dibeli menggunakan akaunnya pada 2015.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!