Kenderaan percuma untuk rawatan warga emas, OKU

Info grafik kenderaan komuniti MBSA yang disediakan kepada golongan OKU dan warga emas ke beberapa fasiliti kesihatan awam.
Info grafik kenderaan komuniti MBSA yang disediakan kepada golongan OKU dan warga emas ke beberapa fasiliti kesihatan awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan percuma kenderaan komuniti kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas ke beberapa kemudahan kesihatan awam.

Menerusi hantaran di Facebook MBSA memaklumkan, perkhidmatan kenderaan percuma itu disediakan dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Menerusi infografik, terdapat lapan lokasi penghantaran iaitu di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam, Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang dan Klinik Kesihatan Sungai Buloh.

Selain itu, Hospital Besar Shah Alam, Hospital Besar Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif ini boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2732.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!