Perak beri insentif sama rata untuk atlet Sukma, Para Sukma
Howard Lee Chuan How
A
A
A
Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata, insentif berjumlah RM800,000 itu diharapkan menjadi pencetus semangat kepada atlet negeri untuk beraksi cemerlang dalam temasya sukan akan datang.
“Insentif RM5,000 diberikan kepada pemenang pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa) bagi individu.
“Manakala, berpasukan pula adalah RM2,500 bagi setiap pemenang pingat emas, RM1,500 (perak) dan RM500 (gangsa),” katanya pada sesi Penggulungan Sidang Dun ke-14 Perak, hari ini.
Pada sesi itu, Howard turut melahirkan penghargaan kepada tiga atlet negeri yang hadir iaitu Atlet Angkat Berat, Muhammad Hafiz Shamsudin yang telah mencipta rekod baharu Sukma dalam acara Snatc.
Turut sama, Sharifah Noor Ellyna Syed Abdul Hamid (menembak) dan Atlet Para Sukma Badminton Beregu, Hairol Fozi Saaba.
Howard berkata, sejumlah RM9.3 juta diperuntukan dalam Bajet Negeri 2019 bagi memperkasakan belia.
“Penubuhan Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) untuk mengurangkan pengaliran keluar masuk tenaga kerja menjelang tahun 2023.
“Selain itu, meneruskan Dewan Belia Perak bagi memupuk semangat demokrasi selain peruntukan RM1 juta kepada Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk membantu kerajaan memformulasi dasar dan merancang pelaksanaan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!