Weijie-Hang Yee gegar Ukraine

Weijie-Hang Yee menjuarai Terbuka Ukraine 2022. - Foto Facebook BAM.
Weijie-Hang Yee menjuarai Terbuka Ukraine 2022. - Foto Facebook BAM.
A
A
A

BEREGU lelaki muda negara, Chia Weijie-Low Hang Yee merangkul gelaran pertama tahun ini apabila menjuarai Terbuka Ukraine 2022 selepas menundukkan pasangan Denmark, Emil Lauritzen-Mads Vestergaard dalam saingan tiga set pada Isnin.

Bagaimanapun, Weijie-Hang Yee bermula agak goyah apabila tewas tipis dalam set pertama, 19-21 sebelum bangkit untuk mengesahkan kejuaraan dalam dua set berikutnya dengan 22-20, 23-21 dalam aksi 57 minit.

Kemenangan itu pastinya mengubat kekecewaan mereka selepas kecundang kepada gandingan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Andy Kwek 13-21, 21-23, pada final Terbuka Sweden minggu lalu.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi badan induk itu mengucapkan tahniah kepada gandingan muda tersebut.

Dalam pada itu, impian pemain perseorangan negara, Ong Ken Yon untuk merangkul kejuaraan antarabangsa pertamanya disekat pemain pilihan ketiga kejohanan, Christo Popov dari Perancis 21-14, 22-20 dalam aksi 40 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!