Wanita warga emas hilang ketika cari lembu

Sivapaki hilang selepas keluar mencari lembu.
Sivapaki hilang selepas keluar mencari lembu.
A
A
A

SEREMBAN- Seorang wanita warga emas hilang lebih 24 jam selepas dipercayai keluar mencari lembunya sejak jam 11 pagi Ahad di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata, pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan A Sivapaki, 74, pada jam 1.15 tengah hari Isnin.

"Sepasukan anggota dari BBP Rantau bersama anggota unit elit Multi Skill Team (Must) dengan kerjasama polis telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dikatakan hilang.

"Berdasarkan maklumat, wanita itu keluar mencari lembunya yang hilang di kawasan ladang pagi semalam dan tidak pulang sehingga jam 1 tengah hari tadi manakala kami dimaklumkan berhubung kejadian jam 1.15 petang," katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Jelasnya, sehingga jam 5 petang, warga emas itu masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan semakin gelap.

"Operasi akan diteruskan pada jam 8.30 pagi Selasa dan komander operasi memaklumkan operasi pencarian telah dilakukan sejauh empat kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!