Produk AMD laris dalam kalangan kelab Liga Super

Pemain AMD terus mendapat kepercayaan kelab Liga Super apabila kesemua 44 pelatih bagi sesi 2021 akademi itu mendapat tempat dalam lima pasukan liga berkenaan, sejak awal tahun ini.
Pemain AMD terus mendapat kepercayaan kelab Liga Super apabila kesemua 44 pelatih bagi sesi 2021 akademi itu mendapat tempat dalam lima pasukan liga berkenaan, sejak awal tahun ini.
A
A
A

PEMAIN Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) terus mendapat kepercayaan kelab Liga Super apabila kesemua 44 pelatih bagi sesi 2021 akademi itu mendapat tempat dalam lima pasukan liga berkenaan, sejak awal tahun ini.

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam hantaran melalui Facebook rasminya memaklumkan, daripada keseluruhan pelatih generasi ketiga AMD itu, 20 pemain telah memulakan latihan bersama Selangor FC.

Sementara bakinya sedang menjalani latihan bersama Sri Pahang FC (10), Johor Darul Ta’zim (enam), Kuala Lumpur City FC dan Terengganu FC dengan masing-masing empat pemain.

"Pihak AMD dan NFDP sangat berbangga dengan setiap pencapaian yang ditunjukkan dan akan sentiasa memantau perkembangan setiap peserta AMD bagi memastikan mereka terus bersaing dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa.

"Semoga kesemua graduan (pelatih) AMD akan terus berjaya dan diberikan peluang yang seluasnya bagi membantu menaikkan nama negara dalam arena bola sepak,” kata NFDP dalam hantaran itu.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus membuktikan produk AMD di bawah NFDP masih memberi impak yang besar dan sering mendapat perhatian pasukan gergasi bola sepak negara.

Setakat Januari 2022, keseluruhan pelatih AMD adalah seramai 118 orang merangkumi 34 pemain dari generasi pertama, 40 pemain generasi kedua dan 44 pemain generasi ketiga.

PRODUK AMD Di SAINGAN KELAB LIGA SUPER

Artikel Berkaitan:

Selangor FC (20 pemain)

Sri Pahang FC (10 pemain)

Johor Darul Ta’zim (6 pemain)

Kuala Lumpur City FC (4 pemain)

Terengganu FC (4 pemain)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!