Pejuang sokong cadangan lakukan ujian RBTag

Marzuki
Marzuki
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya menyokong penuh cadangan dan gesaan bagi calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

Menurutnya, seperti yang semua maklum parti Pejuang sentiasa akan melawan dan menghapuskan amalan rasuah.

“Saya sentiasa menyokong cadangan dan gesaan sebegini untuk melawan rasuah dan salah guna kuasa serta individu yang banyak memberi bebanan kepada negara.

“Apa sahaja kaedah yang digunakan untuk memastikan calon-calon PRN di masa sekarang dan pada masa hadapan tidak terlibat dengan sebarang perbuatan rasuah.

“Maka apa sahaja saranan yang dapat mengelakkan ia dari terus berlaku saya sokong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Ahad, Ketua Sekretariat #RasuahBusters, Nurhayati Nordin menyarankan supaya calon-calon yang berpotensi bertanding pada PRN Johor mengambil ujian psikometrik RBTag sebagai alat pengukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat negeri tersebut.

Menurut Nurhayati, calon-calon tersebut seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian berkenaan bagi membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka layak menjadi calon.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!