51.2 peratus populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

Sebanyak 51.2 peratus daripada populasi kumpulan di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat Isnin.
Sebanyak 51.2 peratus daripada populasi kumpulan di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11,988,626 individu dewasa atau 51.2 peratus daripada populasi kumpulan di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat Isnin.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow, sejumlah 22,925,149 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,052 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17, sejumlah 2,788,610 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,859 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Isnin, sejumlah 95,857 dos vaksin telah diberikan melibatkan 995 dos pertama, 1,537 sebagai dos kedua dan 93,365 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,567,717 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Isnin, dengan tiga masing-masing di Johor dan Kelantan, dua di Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!