PM harap Tahun Harimau bawa kemakmuran, kesejahteraan

Ismail Sabri (enam, kanan) dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (tujuh, kanan) bergambar sempena Majlis Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Selasa. - Foto Bernama
Ismail Sabri (enam, kanan) dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (tujuh, kanan) bergambar sempena Majlis Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini menjadi pengerat hubungan antara kaum di negara ini.

Menurutnya, ia selaras dengan semangat Keluarga Malaysia apatah lagi perayaan Tahun Baharu Cina ini turut dapat diraikan oleh semua kaum.

"Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan ini turut disambut oleh semua kaum di negara ini.

"Ini melambangkan perpaduan kita, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri pada sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Selasa. - Foto Bernama
Ismail Sabri pada sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Selasa. - Foto Bernama

"Saya juga harap tahun ini akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan selain keharmonian antara kaum dapat dieratkan," katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA pada Selasa.

Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta beberapa menteri kabinet lain hadir untuk memeriahkan majlis anjuran MCA itu.

Kira-kira 300 tetamu turut dihiburkan dengan tarian harimau dan persembahan lain yang menggambarkan kepelbagaian kaum di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Ismail Sabri bersama tetamu lain turut melakukan upacara menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik untuk memperoleh nasib yang baik, kesejahteraan dan semua perkara yang dilakukan memperoleh keuntungan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!