Pelajar sekolah ditahan dalam Op Samseng

Pelajar sekolah antara diberkas dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur, pada Ahad.
Pelajar sekolah antara diberkas dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur, pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar sekolah antara dua individu diberkas dalam Op Samseng Jalanan dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, remaja berumur 15 tahun itu diberkas dalam operasi yang bermula kira-kira jam 8 malam dan berakhir pada 4 pagi.

"Suspek bersama seorang lelaki berumur 19 tahun diberkas selepas didapati menunggang dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, Superman serta bersaing antara satu sama lain.

"Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan operasi itu bagi membendung sepenuhnya kegiatan samseng jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!