Malaysia pantau perkembangan Mohd Haziq

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia sentiasa memantau perkembangan kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan pengganas di Masjid AL Noor, Christchurch, New Zealand semalam.

Setiausaha Kedua, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Azhari Azmi berkata, pihaknya kini sedang berhubung rapat dengan Kementerian Luar New Zealand untuk mendapat maklumat terkini Mohd Haziq.

"Sebarang perkembangan terkini hanya akan dimaklumkan polis kepada ibu Mohd Haziq dan kita bekerjasama erat dengan beliau untuk berkongsi maklumat, sebelum didedahkan kepada umum," katanya menerusi aplikasi WhatsApp, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Mohon doakan Haziq ditemui segera' - Mariani

Haziq...di mana kamu?

Dalam kejadian itu, Mohd Tarmizi bersama dua anak, dikenali Haziq dan adiknya Hariz solat Jumaat di masjid berkenaan.

Ketika serangan berlaku, Mohd Tarmizi dan Hariz sempat keluar menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Mohd Tarmizi cedera ditembak di belakang namun status Haziq sehingga hari ini masih tidak dapat dipastikan.

Mohd Tarmizi antara tiga rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera ditembak pengganas.

Selain Mohd Tarmizi, dua lagi mangsa serangan pengganas itu adalah Rahimi Ahmad dan Nazril Hisham Omar.

Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Christchrurch.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!