Keluarga Tionghoa teruja terima kunjungan Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) berkenan menziarahi keluarga Raymond pada petang Isnin sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) berkenan menziarahi keluarga Raymond pada petang Isnin sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
A
A
A

KANGAR - Keluarga seorang usahawan di Jalan Jublee Perak, Pusat Bandar Kangar di sini teruja menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada petang Isnin.

Pemilik kedai bunga Ingrace Floral and Events, Raymond Lim Choon Guan bersama isteri dan anak-anaknya sanggup melewatkan pergerakan balik ke kampung mereka di Tanjung Bungah, Pulau Pinang demi menanti keberangkatan tiba tetamu diraja terbabit.

Kunjungan tersebut diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO), One Centre Malaysia (OCM) Perlis melalui program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Kesembilan bagi tahun 2022.

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif OCM Perlis, Muhammad Zamri Vinod Kalimuthu.

Di lokasi sama turut diadakan penyerahan sumbangan daripada Sri Ananda Bahwan Group of Companies kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk disalurkan kepada tabung 'Projek DiRaja Kg Warna-Warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis' hasil kerjasama MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Sempena program tersebut, baginda turut berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs di rumah asnaf Idrus Noor, 71, yang merupakan seorang bekas tentera.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!