Merpati hias jadi kegilaan baharu

Burung merpati hias menjadi kegilaan baharu dalam kalangan peminat unggas di negara ini apabila ia semakin popular dek kerana gaya serta kecantikan yang diperagakan oleh haiwan berkenaan.
Burung merpati hias menjadi kegilaan baharu dalam kalangan peminat unggas di negara ini apabila ia semakin popular dek kerana gaya serta kecantikan yang diperagakan oleh haiwan berkenaan.
A
A
A
PASIR MAS - Burung merpati hias menjadi kegilaan baharu dalam kalangan peminat unggas di negara ini apabila ia semakin popular dek kerana gaya serta kecantikan yang diperagakan haiwan berkenaan.

Situasi itu dapat dilihat apabila hampir 100 ekor burung tersebut dibawa untuk menyertai pertandingan dan pameran merpati hias yang berlangsung di Tendong di sini pada Selasa melibatkan tiga kategori iaitu kategori ‘Show King’; ‘US Modena' dan ‘Europe modena’.

Penganjur program, Wan Hasnan Wan Harun berkata, merpati hias yang mula diperkenalkan sejak 2008 lalu itu semakin mendapat tempat apabila sudah ramai peminatnya tampil menyertai pertandingan tersebut.

"Walaupun pertandingan terpaksa dihentikan akibat pandemik Covid-19, namun semangat para peminat merpati hias tidak pernah luntur. Sebaliknya makin bertambah," katanya semasa ditemui pemberita pada pertandingan dan pameran merpati hias di sini.

Wan Hasnan (kanan) menunjukkan sebahagian daripada merpati hias yang menyertai pertandingan dan pameran merpati hias yang berlangsung di Tendong, Pasir Mas pada Selasa
Wan Hasnan (kanan) menunjukkan sebahagian daripada merpati hias yang menyertai pertandingan dan pameran merpati hias yang berlangsung di Tendong, Pasir Mas pada Selasa

Menurutnya, melalui pertandingan tersebut baka-baka baru dan lama yang dibawa masuk ke negara ini dapat didedahkan kepada peminat baharu burung merpati hias.

Katanya, walaupun harga mencecah RM12,000 hingga RM25,000 seekor, ia tidak menjadi masalah kepada peminat burung merpati hias untuk memiliki baka yang diidamkan.

Wan Hasnan berkata, bentuk badan yang bulat, besar dan muka garang membuatkan peminat unggas itu tidak keruan untuk memiliki haiwan berkenaan.

Sementara itu, ketua juri pertandingan tersebut, Hamzah Abdul Rahman berkata, kriteria burung merpati hias yang dipilih untuk memenangi pertandingan berdasarkan beberapa keunikan.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 300 ekor merpati dilepaskan sebagai simbolik perasmian pertandingan dan pameran merpati hias yang berlangsung di Tendong, Pasir Mas pada Selasa.
Sebanyak 300 ekor merpati dilepaskan sebagai simbolik perasmian pertandingan dan pameran merpati hias yang berlangsung di Tendong, Pasir Mas pada Selasa.

"Kita tengok secara keseluruhan dari segi posisi; tubuh badan, lenggok, kebersihan dan warna.

"Selain itu tahap kesihatan burung itu turut diambil kira," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!