[VIDEO] Enjin kereta api ekspres terbakar, 180 penumpang terkandas
PASIR MAS - [DIKEMASKINI] Kira-kira 180 penumpang kereta api ekspres dari Tumpat ke Johor Bahru berdepan detik cemas apabila bahagian enjin kereta api itu terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi di sini pada Selasa.
Kejadian jam 9.44 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati bahagian enjin kereta api yang membawa 13 gerabak penumpang itu terbakar.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.11 tengah malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, operasi pemadaman dan menyelamat itu turut dibantu oleh anggota bomba sukarela Rong Chenok dan anggota polis daripada Balai Polis Tok Uban.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!