Pelitup muka tidak lagi dipakai di Denmark

Arahan pemakaian pelitup muka kerana Covid-19 ditarik balik oleh kerajaan Denmark mulai Selasa. - Foto AFP
Arahan pemakaian pelitup muka kerana Covid-19 ditarik balik oleh kerajaan Denmark mulai Selasa. - Foto AFP
A
A
A

COPENHAGEN - Denmark mengucapkan selamat tinggal kepada pemakaian pelitup muka dan pas kesihatan pada Selasa apabila ia menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama menarik balik semua sekatan Covid-19 yang dilaksanakan di dalam negara itu.

Arahan untuk tidak memakai pelitup muka itu dibuat walaupun terdapat rekod bilangan kes bagi varian Omicron yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, ia masih melakukan sekatan ke atas pelancong yang masih belum divaksinasi dan tiba dari negara bukan EU.

“Bagi saya, bahagian yang terbaik ialah kita tidak perlu memakai topeng lagi,” kata Natalia Chechetkina, seorang penyambut tetamu di Copenhagen kepada AFP.

"Sekurang-kurangnya sekarang kita mempunyai pilihan jika kita mahu melindungi diri kita atau kita mahu berasa bebas," ujarnya.

Marie Touflet, seorang pelajar Perancis berusia 23 tahun berkata, agak pelik untuk menaiki tren tanpa memakai pelitup muka di Denmark berbanding di Perancis.

"Sungguh seronok dapat melihat wajah orang ramai dan rasanya kami hidup seperti biasa semula," katanya.

Kelonggaran itu berlaku apabila Denmark mencatatkan kira-kira 40,000 hingga 50,000 kes baharu Covid-19 sehari atau hampir satu peratus daripada 5.8 juta penduduk negara itu.

Artikel Berkaitan:

Namun, pegawai kesihatan percaya angka itu akan mula menurun tidak lama lagi. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!