Empat keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar

Keadaan kebakaran di Taman Intan, Sungai Petani pada Rabu.
Keadaan kebakaran di Taman Intan, Sungai Petani pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina buat empat keluarga di Taman Intan di sini, bertukar suram apabila rumah mereka hangus dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu.

Kao Huan Yong, 60, berkata, kelengkapan perayaan termasuk perabot baharu dan kereta musnah dalam kejadian itu.

Namun, dia lega apabila ibu, abang dan dua anak saudara yang berada dalam rumah berjaya menyelamatkan diri.

"Saya terus bergegas ke sini selepas mendapat panggilan. Apabila tiba di sini, saya melihat api marak merebak ke rumah sebelah," katanya.

Pasukan bomba sedang melaksanakan operasi memadam kebakaran di Taman Intan Sungai Petani pada Rabu.
Pasukan bomba sedang melaksanakan operasi memadam kebakaran di Taman Intan Sungai Petani pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Zon Sungai Petani, Penguasa Kanan Bomba II, Syobirin Abd Kadir berkata, sepasang suami isteri dikejarkan ke hospital kerana mengalami trauma dan cedera ringan.

Menurutnya, lelaki berusia 70-an dilaporkan melecur lima peratus di kaki dan tangan, manakala isterinya berusia 52 tahun mengalami sesak nafas, namun kedua-duanya dilaporkan stabil.

"Seramai 17 anggota dan pegawai bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Tikam Batu dan Amanjaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan panggilan jam 12.36 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

"Tiga rumah terbakar 90 peratus manakala dua lagi rumah terbakar sebanyak 10 peratus. Operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela," katanya.

Katanya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!