MN Selangor bertahan atas prinsip pembangkang: Noh

Prinsip itu masih kekal di Selangor memandangkan kedua-dua parti itu masih lagi berperanan sebagai pembangkang.

Noh (kanan) menandatangani plak ketika Majlis Perasmian Pejabat Urusan Chinta Rich Empire di Peninsula Park, pada Rabu.
Noh (kanan) menandatangani plak ketika Majlis Perasmian Pejabat Urusan Chinta Rich Empire di Peninsula Park, pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - UMNO dan Pas di Selangor akan terus mempertahankan Muafakat Nasional (MN) atas prinsip parti itu sebagai pembangkang di negeri tersebut.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, parti itu berpegang kepada sejarah penubuhan MN itu sendiri iaitu sama-sama menjadi pembangkang selepas kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Bila sama-sama pembangkang baru nampak bagaimana hendak perjuangkan bangsa, agama dan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat Urusan Chinta Rich Empire di Peninsula Park di sini, pada Rabu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, prinsip itu masih kekal di Selangor memandangkan kedua-dua parti tersebut masih lagi berperanan sebagai pembangkang.

"Di negeri lain saya tidak mahu campur," kata beliau lagi.

Menurut Noh, pihaknya akan terus memperkuh MN di Selangor dan tidak mahu berlaku pertembungan dua parti terbesar Melayu itu.

"Kita masih ada perjumpaan dengan Pas, tetapi apa jua keputusan kita serah kepada pihak atasan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!