Al-Quran pemangkin inovasi wanita

Mohd Harfiz berkongsi bicara bersama kira-kira 200 wanita terlibat dengan program anjuran Wanita IKRAM dan IKIM.
Mohd Harfiz berkongsi bicara bersama kira-kira 200 wanita terlibat dengan program anjuran Wanita IKRAM dan IKIM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan wanita perlu sentiasa mendampingi al-Quran dengan memahami isi kandungannya agar lebih berinovasi dalam membentuk perilaku anak-anak misalnya, demi menggerakkan perubahan positif pada masa depan.

Pengurus Latihan Akademi Sinergi Sdn Bhd, Mohd Harfiz Hamzah, berkata, wanita perlu memikirkan sesuatu inovasi yang lebih besar kerana setiap perkara bermula dari rumah.

Menurutnya, situasi yang melanda dunia pada masa kini begitu membimbangkan termasuk insiden tembakan di Christchurch New Zealand, baru-baru ini.

“Jangan sampai apa yang berlaku di sana berlaku di sini. Jadi wanita kena fikirkan sesuatu yang besar sebab bermula dari rumah

“Ambil dari aspek seorang mak nak pastikan anak-anak tak nak kena penyakit jadi kena pastikan rumah bersih. Bila cakap perspektif itu nak pastikan anak-anak jaga kebersihan tentu perlukan inovasi.

“Ibu yang inovasi adalah ibu yang berfikir. Bila wanita baca al-Quran akan tambah inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi slot ringkas topik ‘Al-Quran Pemangkin Wanita Berinovasi Untuk Perubahan’ sempena Seminar Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 hari ini.

Kira-kira 200 wanita terlibat dalam program anjuran Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

Artikel Berkaitan:

Program itu antara lain memberi pencerahan tentang peranan yang wajar dimainkan golongan wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih memahami sesama masyarat demi keharmonian sejagat.

Peserta yang terlibat pada program berkenaan.
Peserta yang terlibat pada program berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!