OKT curi motosikal mati mengejut

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Myanmar disyaki mencuri sebuah motosikal dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit pada Isnin dan disahkan meninggal dunia awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, suspek ditahan pada Ahad selepas diserahkan oleh seorang lelaki tempatan di Pusat Sehentian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sekitar jam 5.30 petang.

Menurutnya, suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Pada 31 Januari (Isnin) orang kena tahan (OKT) telah dihantar ke Hospital Kajang kerana mengadu tidak sihat dan pihak hospital memaklumkan suspek terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

"Pada 2 Februari (Rabu) sekitar jam 1.05 pagi pihak Hospital Kajang telah memaklumkan bahawa OKT tersebut telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!