Tiga ditahan memandu di bawah pengaruh dadah

Op Mabuk dijalankan polis bersama AADK dan JPJ di Jalan Sultan Azlan Shah di sini tengah malam Rabu.
Op Mabuk dijalankan polis bersama AADK dan JPJ di Jalan Sultan Azlan Shah di sini tengah malam Rabu.
A
A
A

IPOH - Tiga lelaki yang memandu di bawah pengaruh dadah ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, pada tengah malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka berusia 24, 33, dan 45 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah membuat saringan ke atas 13 pengguna jalan raya dan didapati tiga daripada mereka positif dadah.

"Kesemua mereka ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Khamis.

Pemeriksaan dijalankan polis bersama AADK dan JPJ dalam Op Mabuk di Jalan Sultan Azlan Shah di sini tengah malam Rabu.
Pemeriksaan dijalankan polis bersama AADK dan JPJ dalam Op Mabuk di Jalan Sultan Azlan Shah di sini tengah malam Rabu.

Menurut Azizan, dalam operasi sama, 23 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ke atas 15 kereta dan lapan motosikal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tidak mempunyai lesen memandu dan lampu brek ketiga tidak menyala menjadi kesalahan paling tinggi dalam pemeriksaan itu.

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan lapan notis arah periksa dan 32 saman ke atas kenderaan atas pelbagai kesalahan," katanya.

Operasi berakhir jam 3 pagi itu disertai 30 anggota dan pegawai terdiri daripada polis, AADK dan JPJ.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!